Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN)

2016-aan

Kesarjanaan ahli akademik dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara ini telah pun diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pengiktirafan peringkat kebangsaan ialah Anugerah Saintis Negara, Anugerah Inovasi Negara, Anugerah Langkawi, Anugerah Sastera Negara, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Anugerah Harta Intelek Negara, Anugerah Seniman Negara, Anugerah Merdeka dan Anugerah Yayasan Toray Malaysia bagi Sains dan Teknologi. Sementara di peringkat antarabangsa pula termasuklah ISESCO Literacy Prize, Carlos J. Finlay Prize for Microbiology (UNESCO), Young Scientist Award (UNESCO), King Faisal Award (Saudi Arabia), World Intellectual Property Organization (WIPO) Awards dan Pameran Inovasi dan Teknologi (I-TEX) oleh MINDS.

Ilmuan sarjana Malaysia telah mengharumkan nama negara melalui pelbagai pencapaian yang cemerlang dalam penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi, penghasilan karya asli yang bermutu, karya seni dan kreativiti terbaik, pengkomersialan produk penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang. Justeru, mulai tahun 2006 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan sebuah anugerah tertinggi kesarjanaan yang dikenali sebagai Anugerah Akademik Negara yang mengiktiraf secara menyeluruh kejayaan para sarjana Malaysia.
Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :

• Pengajaran
• Penemuan ilmu
• Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
•Pemindahan dan pengembangan ilmu

apply

(http:www.jpt.moe.gov.my/aan)

 

 

 

footer latest

Kiraan Pengunjung

Hari Ini1
Kelmarin2
Minggu Ini5
Bulan Ini32
Jumlah Keseluruhan490

27 June 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia