Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

147 PESERTA AMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN INOVASI PENGAJARAN 2017

UUM ONLINE: Seramai 147 peserta daripada sekolah, kolej matrikulasi dan institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP) 2017 anjuran Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Perpustakaan Sultanah Bahiyah baru-baru ini. Pertandingan ini merupakan acara tahunan anjuran UTLC melibatkan ahli akademik daripada semua pusat pengajian di UUM bertujuan menggalakkan kreativiti dan inovasi pensyarah dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran di samping memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar di UUM dalam bidang masing-masing. Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim dalam ucapan aluannya berkata inovasi pendidikan adalah perkara yang harus dilakukan seiring dengan perubahan gaya hidup dan teknologi yang sentiasa berubah-ubah. "Perubahan pendidikan masa kini yang menuju ke arah pendidikan berinovasi pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai usaha melahirkan bakat-bakat baru yang holistik untuk kepentingan masa depan negara. "Perkembangan secara kontinuum, holistik dan bercirikan pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan lonjakan-lonjakan yang telah ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pengajian Tinggi (2015-2025). Tambahnya lagi kaedah pengajaran juga menjadi alat yang penting dalam menentukan hasil pencapaian setiap pelajar dan memerlukan inovasi dan pendekatan baru untuk memastikan dunia pendidikan tidak ketinggalan atau terkebelakang dalam menghasilkan inovasi dalam pengajaran. "Dalam konteks ini UUM telah mengaplikasikan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) pada tahun 2002, kemudian memperkenalkan Sistem LearningZone yang berasaskan 'open source' LMS Moodle pada tahun 2009, seterusnya mengaplikasikan UUM online learning bagi memberi nilai tambah kepada sistem yang sedia ada. "Perkembangan ini telah mendorong warga universiti untuk mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara maksimum," ujarnya Bagi kategori IPT, Universiti Malaysia Terengganu muncul johan bagi Anugerah Utama menerusi inovasi FishBreedPro: A Teaching Kit for Aquaculture Breeding Program, tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA Melaka menerusi projek inovasi Digital Pedagogy manakala Institut Pendidikan Guru Ipoh di tempat ketiga menerusi inovasi QR Opem TUKeP (Pemantapan Objektif Pembelajaran). UUM menerima Anugerah Pertandingan (Emas) bagi dua projek inovasinya iaitu Interactive Algorithm Visualization on Mobile Platfrom dan 5-Star: The Hotel Management Game. Sementara bagi kategori sekolah, tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan St Bernard menerusi projek Murid Lemah Operasi Asas Matematik, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul menerusi projek SMART JAWI BDN: POTONG-POTONG AJE dan tempat ketiga dimenangi Kolej Matrikulasi Kedah menerusi projek SMART i-CLASSROOM. Seramai 17 juri terlibat dalam proses penjurian PIP 2017 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Shaari. Hadiah kepada pemenang kategori Sekolah disampaikan oleh Encik Abdul Aziz Selaiman, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri yang mewakili Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sementara hadiah kategori IPT disampaikan oleh Prof. Dr. Huda Bt Haji Ibrahim, Penolong Naib Canselor UUM CAS.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin6
Minggu Ini26
Bulan Ini76
Jumlah Keseluruhan572

23 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia