MOOC

Image
1) Apakah Pindah Kredit MOOC/MC 1) Apakah Pindah Kredit MOOC/MC

Pindah kredit Massive Open Online Courses (MOOC) dan Microcredential (MC) membolehkan jumlah kredit bagi kursus yang diikuti diambilkira sebagai sebahagian daripada jumlah kredit untuk bergraduat tetapi tidak digunakan bagi pengiraan Grade Point Average (GPA)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) bagi program yang diikuti

2) Syarat Permohonan Pindah Kredit MOOC/MC 2) Syarat Permohonan Pindah Kredit MOOC/MC
  1. Pemohon yang ingin memohon pindah kredit MOOC dan MC adalah berstatus ‘Pelajar Aktif’ di UUM.
  2. Pemohon boleh memilih pembelajaran dari mana-mana pelantar MOOC yang diiktiraf oleh UUM bagi tujuan pemindahan kredit MOOC dan MC seperti Edx, Coursera, FutureLearn dan lain-lain. UUM juga berhak menentukan pelantar MOOC dan MC yang layak untuk pindah kredit MOOC dan MC dari semasa ke semasa.
  3. Sijil MOOC dan MC yang digunakan untuk permohonan pindah kredit masih dalam tempoh sah laku lima (5) tahun dari tarikh permohonan.
  4. Pelajar yang telah memperoleh Certificate of Completion dari mana-mana MOOC dan MC dan ingin melakukan Pindah Kredit MOOC dan MC perlu mengisi borang permohonan ujian pentaksiran secara bersemuka (on-site verification) di Pusat Pengajian masing-masing.
  5. Pelajar dikehendaki membayar yuran pemprosesan permohonan Pindah Kredit MOOC dan MC di UUM bagi permohonan Pindah Kredit MOOC dan MC.
  6. Kursus MOOC dan MC yang diambil hanya dibenarkan dipindah kredit secara Pindah Kredit MOOC dan MC sekali sahaja untuk satu kursus bagi sesuatu program. Pemohon perlu membuat pengesahan yang menyatakan bahawa dirinya tidak pernah memohon pindah kredit bagi sijil tamat (certificate of completion) MOOC dan MC yang telah diperolehinya.
  7. Jumlah maksimum bagi pindah kredit bagi pelajar pasca siswazah dan pelajar siswazah UUM adalah merujuk kepada peraturan akademik pasca siswazah dan pelajar siswazah UUM.
  8. Jumlah jam kredit bagi kursus yang mendapat pemindahan kredit adalah tidak melebihi 30% daripada keseluruhan jam kredit sesuatu program.
  9. Permohonan pindah kredit MOOC dan MC bagi pelajar UUM boleh dibuat sepanjang tempoh pengajian.
3) Tatacara permohonan 3) Tatacara permohonan

4) Kadar yuran 4) Kadar yuran
  1. Yuran Pemprosesan = RM10.00/kursus/pelajar
  2. Yuran Pindah Kredit