PERTANDINGAN PEMBELAJARAN TERADUN GANTIAN (PTG)

Poster 01

 

Link pendaftaran :klik SINI

Panduan untuk kongsi e-Portfolio  :klik SINI

 

JUSTIFIKASI

1. Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) membentuk pelajar yang lebih proaktif dan responsif dengan pembelajaran yang bersifat 'life-long learning' and ‘self-directed learning’. Ia merupakan satu kaedah transformasi pembelajaran seiring kemajuan teknologi terkini yang dapat mempertingkatkan potensi diri dan kreativiti pelajar dalam proses menuntut ilmu;

2. Menyemarak dan membudayakan amalan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti dalam kalangan warga pendidik seiring perkembangan Teknologi Digital dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0);

3. Pelajar dan pendidik abad ke-21 memanfaat teknologi ICT terkini dalam meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Pelajar dan pendidik boleh merentasi sempadan fizikal untuk berinterasi di pentas global;

4. Mengarusperdanakan pendidikan digital dengan penghasilan bahan pembelajaran, aktiviti pembelajaran digital dan pentaksiran dalam talian. Ketiga-tiga komponen ini meningkat harta intelek yang lebih lestari dan capaian pendidikan yang meluas tanpa batasan geografi;

.5 Pembelajaran Teradun membuka kepada kepelbagaian pendekatan pembelajaran selari dengan keperluan pembelajaran TVET dan pembelajaran sepanjang hayat dengan memanfaatkan teknologi pembelajaran dalam talian. Bahan-bahan pembelajaran boleh dirakam dan dicapai secara dalam talian sebelum/ semasa aktiviti hands-on dijalankan.

 

Bagi menyokong dan menyemarakkan pelaksanaan PTG di UUM, adalah dicadangkan penganjuran Pertandingan PTG seperti berikut:

 

Nama Pertandingan:

Pertandingan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)/ Blended Learning Substitute Competition.

 

Objektif pertandingan:

  1. Menyokong kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025, lonjakan ke 9 iaitu PembelajaranDalam Talian Tahap Global;
  2. Menyesuaikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Dasar e-Pembelajaran Negara dan Pendidikan Abad ke-21 dengan mengamalkan pendidikan yang mengetengahkan kemahiran pengurusan kendiri dalam pengajaran dan Pembelajaran;
  3. Membudayakan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui teknologi digital bagi mempertingkatkan potensi diri dan kreativiti pelajar dalam proses menuntut ilmu.

 

Syarat Pertandingan

  1. Terbuka untuk semua staf akademik Universiti Utara Malaysia (UUM);
  2. Terbuka kepada semua kursus peringkat sarjana muda dan pascasiswazah untuk semester A212 (Mod Konvensional) yang menggunakan mod pembelajaran Online bernilai 30% dan lebih;
  3. Menyediakan Scheme of Work (SOW) berdasarkan PTG;
  4. Menyediakan bukti pelaksanaan PTG melalui medium UUM Open Learning, UUM Online Learning, atau Web 2.0.

 

Kategori Pertandingan

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu:

  1. Kategori Pusat Pengajian – berdasarkan Penyertaan PTG Terbanyak;
  2. Kategori Individu – iaitu Top 3 Individual untuk PTG.

 

Kriteria Penilaian 

BIL

KRITERIA PENILAIAN

PEMBERAT (%)

i.

Penyediaan SOW PTG kursus mengikut pecahan 40:40:20

(template akan disediakan oleh UTLC)

20

ii.

Pembuktian - Pautan bukti secara atas talian untuk setiap aktiviti online bagi kursus yang dipilih

30

iii.

Menyediakan refleksi yang bersesuaian untuk kursus yang diplih di UUM e-Portfolio, iaitu:

 

         i.            Strategi

15

        ii.            Testimonial

15

       iii.            CQI atau Analisis Pencapaian Pelajar

20

JUMLAH

100

 

Insentif atau hadiah

Pemenang Pertandingan PTG akan menerima insentif/hadiah berikut:

  1. Sijil Penyertaan; dan
  2. wang tunai bernilai:

KATEGORI

NILAI HADIAH

Kategori Pusat Pengajian – berdasarkan Penyertaan PTG Terbanyak

RM2,000.00

Kategori Individu:

·         Johan

·         Naib Johan

·         Tempat Ketiga

RM1,500.00

RM1,000.00

RM750.00