Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

PENERIMA ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2014 BERKONGSI PENGETAHUAN DAN AMALAN TERBAIK DALAM P&P

Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan suatu program Wacana Perkongsian Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran 2015 (Siri I) bagi memperkasakan pemimpin akademik dalam bidang pengajaran di kalangan warga UUM. Wacana ini telah diadakan di EDC, UUM, pada 20 Oktober 2015 dan telah dihadiri seramai 54 staf akademik.

Objektif utama wacana ini adalah untuk menyediakan satu platform perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bidang masing-masing dan meningkatkan motivasi para akademik dalam melaksanakan P&P dengan lebih berkesan.

Wacana ini telah dimulai dengan ucaptama oleh penerima Anugerah Akademik Negara 2014 iaitu Prof. Madya Fatimah binti Puteh dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk sesi pagi dan Prof. Madya Dr. Raja Nor Safinas binti Raja Harun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi sesi petang. Selain itu juga UTLC telah menjemput wakil kumpulan penyelidik geran SoTL 2013 iaitu Prof. Dr. Nena P Valdez, Prof. Dr. Raja Maznah binti Raja Hussain, Prof. Madya Dr. Mohmad Yazam Bin Sharif, Prof. Madya Dr. Fauziah binti Abdul Rahim, Dr. Norliza Binti Katuk, Dr. Zakiyah Binti Zain dan Dr. Amrita Kaur untuk membentangkan hasil penyelidikan kumpulan masing-masing.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin1
Minggu Ini23
Bulan Ini70
Jumlah Keseluruhan566

22 October 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia