Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

LAWATAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP) KE UTLC JALIN KERJASAMA MASA HADAPAN

22 OKTOBER 2015 : Seramai 10 orang staf dari Kementerian Pendidikan Malaysia - Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di ketuai oleh Encik Suras, oleh telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengajaran Pembelajaran (UTLC) bagi membincangkan peluang kerjasama (MoU) antara UUM dan BTP serta berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Dalam perjumpaan pihak BTP bersama UTLC, kedua-dua belah pihak telah membincangkan bidang kerjasama di antara pihak BTP dan UUM, antara lainnya bagi menambahbaik penghasilan  video/bahan pengajaran atas talian (e-learning) serta membantu dan berkongsi ilmu dalam bidang teknologi pendidikan pada masa hadapan. Kerjasama ini di harapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam meningkatkan kecekapan staf dalam bidang penghasilan video.

Selain daripada itu, pihak BTP juga telah diberikan taklimat berkenaan fungsi UTLC dalam pengurusan di UUM. Pihak BTP dan UTLC saling berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dalam bidang pengurusan dan penghasilan video pengajaran dan pembelajaran.

Selepas lawatan itu, pihak BTP dibawa melawat studio rakaman sementara UTLC bagi melihat sendiri peralatan dan kemudahan asas yang terdapat di studio tersebut dan memberi pandangan penambahbaikan yang perlu dilakukan pada studio rakaman (sementara) UTLC.

TAMAT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin8
Minggu Ini13
Bulan Ini80
Jumlah Keseluruhan576

24 October 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia