Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

159 Pelajar Sertai Malaysian Brain Bee Challenge 2016 Zon Utara

UUM ONLINE:Seramai 159 pelajar sekolah menengah dari 30 buah sekolah di Kedah dan Perlis menyertai pertandingan kuiz neurosains Malaysian Brain Bee Challenge (MBBC 2016) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Othman (TSO), Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan ini bertujuan memberi pendedahan awal ilmu dan bidang neurosains yang merupakan satu cabang sains perubatan kepada pelajar sekolah menengah (berumur 15 hingga 17 tahun) di Malaysia.

UUM di bawah Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Fauziah Abdul Rahim merupakan penyelaras Pertandingan MBBC zon utara (Zon A) untuk mencari  calon terbaik yang akan mewakili Malaysia ke International Brain Bee Challenge yang bakal berlangsung di Copenhagen, Denmark pada Julai ini.

Menurut Dr Fauziah program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UTLC untuk menyumbang kepada komuniti dalam projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka yang bertujuan membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah di dua buah negeri ini untuk bertanding di samping berpeluang untuk melawat UUM sejajar dengan program Discover UUM 2016.

Secara keseluruhan 28 buah sekolah dari Kedah dan dua buah sekolah dari Perlis menyertai pertandingan ini. Para peserta turut diiringi lebih 30 guru sekolah masing-masing.

Projek Brain Bee ini merupakan satu libatsama Universiti-Komuniti anjuran USM di bawah geran Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM dan telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui penganugerahan Projek Cemerlang 'University-Community Transformation Centre (UCTC)' (Kategori Pendidikan) tahun 2015.

Projek ini juga melibatkan sembilan zon dan usaha sama lapan buah institusi pengajian tinggi. UUM telah menjadi penyelaras bagi pertandingan Malaysian Brain Bee Challenge zon Utara ini sejak tahun 2013.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin8
Minggu Ini13
Bulan Ini80
Jumlah Keseluruhan576

24 October 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia