Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

TENAGA AKADEMIK MEMANTAPKAN PENGGUNAAN UUM ONLINE LEARNING DI UUM

UTLC ONLINE: 1 Mac 2016, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Bengkel UUM Online Learning di Makmal FPK 4, Bangunan Perakaunan, UUM. Bengkel yang dikendalikan oleh Pn. Asiah Abdul Rahman dari UUMIT telah dihadiri oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar di UUM.
Tujuan utama bengkel tersebut adalah untuk menerangkan lebih terperinci dan memantapkan lagi pengetahuan warga akademik dalam penggunaan UUM Online Learning yang diguna pakai dalam pembelajaran dan pengajaran di UUM serta pendedahan asas pembelajaran teradun (blended learning).
Taklimat anjuran UTLC bersama UUMIT ini adalah merupakan salah satu usaha pihak UTLC dalam memantapkan penggunaan UUM Online Learning di kalangan warga akademik di UUM ini.
Diharap melalui bengkel ini, staf akademik dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran  di UUM khususnya bagi menyediakan kepelbagaian dalam pembelajaran dan pengajaran bersesuaian dengan kehendak pelajar yang berbeza.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia