Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UUM LAKAR SEJARAH MENYOKONG INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

UTLC ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melakar sejarah dengan mengadakan Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran (SKIPP2016) dan Pelancaran MOOCs Nasional peringkat UUM yang bertempat di EDC Hotel & Residence.
SKIPP 2016 yang julung kalinya diadakan, bertemakan "Pembangunan Pelajar Holistik dan Pendidikan Fleksibel" merupakan platform perkongsian ilmu yang diadakan seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Seminar ini membolehkan penyelidik, ahli akademik dan pengamal pendidikan berkongsi hasil penemuan terkini dalam bidang pembelajaran dan pengajaran dan amalan terbaik yang telah dihasilkan melalui kajian. Sebanyak 21 buah sekolah/agensi/Institusi Pengajian Tinggi yang berkepentingan dalam dunia pendidikan telah menyertai SKIPP 2016 ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam suasana yang sempurna dan meriah. Pada majlis yang sama, beliau telah membuat pelancaran 4 kursus MOOCs UUM yang bertaraf nasional.
MOOCs merupakan singkatan untuk "Massive Open Online Courses", iaitu pembelajaran untuk kursus yang ditawarkan oleh universiti secara terbuka atas talian dan boleh dicapai seluruh pelosok dunia pada bila-bila masa. UUM sebagai sebuah Universiti Pengurusan telah diberi kepercayaan oleh pihak kementerian untuk membangunkan 4 kursus MOOCs Nasional iaitu kursus Export Management, Islamic Banking Management, International Business dan Introduction to Object Oriented Programming.
Menurut Naib Canselor, pencapaian ini merupakan hasil kerja keras warga UUM yang diselaraskan oleh Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti. Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan kemampuan UUM, di dalam memberi sumbangan kepada negara dan dunia menerusi manfaat MOOCs yang akan diperolehi kelak.
Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim yang ditemui berkata, pembangunan MOOCs yang dilaksanakan oleh warga UUM ini telah berjaya membuktikan kemampuan UUM untuk menjayakan agenda UUM ke arah Universiti Pengurusan Terkemuka menerusi penghasilan learning outcome yang berteraskan kepada bidang pengurusan.
Seramai 22 orang pensyarah yang terdiri daripada 3 Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah terlibat dalam proses pembangunan 4 kursus MOOCs ini. Maklumat lanjut mengenai MOOCs boleh dicapai melalui laman web https://www.openlearning.com/
UTLC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas penglibatan dan sokongan semua pihak terutamanya pengurusan UUM, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) serta pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pembangunan empat kursus MOOC UUM, Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan juga peserta seminar SKIPP2016.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin0
Minggu Ini2
Bulan Ini9
Jumlah Keseluruhan492

23 August 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia