Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

PERTANDINGAN INOVASI PENGAJARAN (PIP2016) KONGSI IDEA INOVASI TENAGA PENGAJAR DI UUM

UTLC ONLINE: 10 April 2016, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP) bertempat di Makmal Komputer UTLC, bangunan OYAGSB. Pertandingan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) ini merupakan pertandingan yang julung kalinya dianjurkan dan telah disertai oleh 13 orang peserta.

Objektif pertandingan ini ialah untuk menggalakkan tenaga pengajar untuk berkongsi amalan penggunaan teknologi terkini di dalam pengajaran mereka. Pertandingan ini juga dapat memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pembelajaran supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.

Terdapat dua jenis kategori pertandingan yang dipertandingkan iaitu:

  1. Kaedah & Bahan Bantu Mengajar
  2. Pengukuran & Penilaian.

Setiap peserta perlu membentangkan hasil cetusan idea yang kreatif dan inovasi yang merangkumi pengajaran dalam bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara mengajar mahupun pengenalan teknologi.

Pertandingan ini telah diadili oleh tiga orang juri telah yang diketuai oleh Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, dibantu oleh Dr. Hasniza Nordin dan Encik Ahmad Shahir Abdul Jalil.

Pemenang-pemenang Pertandingan Inovasi Pengajaran 2016 (PIP 2016) adalah seperti dibawah:

Pemenang   Pertama

Dr.   Mardzelah Bt Makhsin

Tajuk   : “iBDA’- Kecerdasan Hisbah Akhlak”

Pemenang   Kedua

Dr.   Nurulwahida Hj. Azid@Azid>

Tajuk:   “Modul Interaktif Kecerdasan Berjaya”

Pemenang   Ketiga

Dr.   Nor Zalina Bt Mohamad Yusof & Puan Masanita Bt Mat Noh

Tajuk:   “ Encouraging Students Participation: How Open Discussion Complement PBL in   Teaching and Learning”

Tamat.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia