Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

TENAGA AKADEMIK MANTAPKAN PENYELARASAN DOKUMEN MQF/OBE

UTLC ONLINE: Pada 12 Mei 2016, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Dokumen Silibus Kursus Malaysia Quality Framework (MQF) bagi tujuan pelaksanaan Sistem Outcome Based Education (OBE). Bengkel tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat HEP, Bangunan Hal Ehwal Pelajar yang dihadiri oleh 31 orang penyelaras program siswazah dari semua pusat pengajian. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Teknikal UTLC, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar.

Dalam bengkel tersebut, Pengarah HEA, En. Mohd Zamri Ahmad  telah memaklumkan bahawa semua pusat pengajian di UUM perlu memantapkan silibus kursus yang ditawarkan bagi tujuan persediaan audit dan pelaksanaan Sistem OBE. Pusat pengajian juga perlu mengemaskini semua nama program siswazah yang ditawarkan dan kursus yang terlibat dalam program tersebut.  

Sementara, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar telah membincangkan dokumen MQF yang perlu dikemaskini untuk pelaksanaan Sistem OBE yang dijangka akan dilaksanakan pada semester A161 (September 2016). Beliau juga telah menyarankan supaya silibus kursus yang dibangunkan perlu mengambilkira Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 dan cabaran pengajaran kepada pelajar-pelajar generasi millennium. Kaedah pengiraan Student Learning Time (SLT) juga diterapkan kepada penyelaras program siswazah bagi memastikan silibus kursus dibangunkan memenuhi keperluan MQF. Hasil bengkel tersebut, adalah diharapkan semua pusat pengajian akan dapat membangunkan silibus kursus yang lengkap, memenuhi keperluan MQF dan selaras dengan semua pusat pengajian. Pusat pengajian juga diminta untuk memuatnaik semua silibus kursus bagi program yang ditawarkan ke dalam sistem repositori silibus kursus.

Bengkel yang berlangsung selama hampir empat jam tersebut telah tamat pada jam 1.00 tengahari. Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah wakil dari Institut Pengurusan Kualiti (IPQ). Pihak HEA dan UTLC merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta bengkel yang hadir kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel ini.

Sekian, terima kasih.

footer latest

Kiraan Pengunjung

Hari Ini1
Kelmarin2
Minggu Ini5
Bulan Ini32
Jumlah Keseluruhan490

27 June 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia