Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UUM Sediakan Lebih Banyak Kursus MOOC Pada Tahun Ini

UTLC ONLINE: 27 Julai 2016, satu sesi rakaman video MOOC bagi tahun 2016 bersama Encik Ghazali Ab Rahman dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah diadakan di Anjung Tamu UUM bagi kursus Theory and Practice in Islamic Business, ini merupakan sesi rakaman kali ke-7 pada bulan ini bagi video pengenalan kursus MOOC 2016.
MOOC merupakan satu evolusi baharu dalam pendidikan global dan MOOC yang dihasilkan di Malaysia kini dapat juga diikuti oleh pelajar dari luar negara. Melalui MOOC, kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian menggunakan komunikasi dua hala dengan medium teks, video dan audio yang boleh diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Pusat pengajaran pembelajaran Universiti (UTLC) akan terus membangunkan MOOCs yang berkualiti supaya dapat menarik minat para pelajar dan secara tidak langsung dapat melonjakkan lagi nama Universiti Utara Malaysia di mata dunia.
Untuk mendaftar dalam MOOC, anda boleh melayari laman sesawang berikut: https://www.openlearning.com/uummooc
Untuk maklumat lanjut berkenaan MOOC, sila hubungi Pn.Idayu ditalian 04-928 4698

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia