Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

MOOCs 2016: EVOLUSI P&P TERKINI

UTLC ONLINE: 25 Julai 2016, satu sesi rakaman video pengenalan kursus Massive Open Online Course(MOOCs) telah diadakan pada minggu ini bersama Dr. Rafeah Mat Saat dan Dr. Norhaiza Khairudin bagi kursus Accounting System Analysis and Design dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz.
Berlangsung disekitar persekitaran Jabatan Canselori, sesi rakaman ini berjalan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh Dr. Rafeah dan Dr. Norhaiza serta warga Jabatan Canselori dalam menjayakan sesi pengambaran kali ini.
Sebelum itu, pada tahun 2015 Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah Berjaya membangunkan 4 kursus MOOCs iaitu Islamic Banking Management, International Business, Export Management dan Introduction To Object Oriented Programming hasil kerjasama dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) yang telah diletakkan di dalam platform atas talian dan boleh diakses oleh segenap lapisan masyarakat seluruh dunia melalui capaian https://www.openlearning.com/uummooc
Massive Open Online Courses atau lebih dikenali sebagai MOOCs merupakan suatu evolusi terkini dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P) yang berkonsepkan belajar merentasi sempadan, tiada penetapan had umur dan kos yang membebankan boleh dikurangkan. MOOCs yang dibangunkan akan digunakan oleh semua pelajar UA Malaysia dan dapat dicapai oleh komuniti akademik seluruh dunia.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia