Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

MOOCs 2016: Gaya penyampaian P&P terkini

UTLC ONLINE: 20 Julai 2016, Kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah mencipta suatu evolusi baru dalam proses pengajaran dan pendidikan (P&P), di antaranya ialah Massive Open Online Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Ia merupakan suatu tambahan kepada gaya penyampaian P&P sedia ada iaitu pengajian di atas talian dan pendidikan berjarak jauh
Bagi merancakkan lagi pembangunan MOOC, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan satu rakaman Video Pengenalan Massive Open Online Course (MOOC) buat kali ke-3 pada minggu ini. Lokasi yang menjadi pilihan pengambaran kali ini bersama En. Zolkefli Bahador dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden adalah di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM bagi subjek Technology Planning and Management in Education. Sesi rakaman ini berjalan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh En. Zolkefli Bahador dan juga warga perpustakaan dalam menjayakan sesi pengambaran ini.
Berbagai impak telah berlaku dengan kewujudan MOOC. Konsep belajar merentasi sempadan, tiada penetapan had umur dan kos yang membebankan boleh dikurangkan. MOOC berpotensi untuk mengubah gaya pembelajaran konvensional dan tradisonal kepada suatu gaya pembelajaran moden dan berteknologi tinggi.
Diharap MOOC pada tahun ini dapat menarik minat para pelajar untuk menyertai kursus tersebut secara atas talian secara tidak langsung dapat menaikkan nama Universiti Utara Malaysia di mata dunia.
Klik link ini untuk menyertai MOOC UUM: https://www.openlearning.com/uummooc

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin0
Minggu Ini2
Bulan Ini9
Jumlah Keseluruhan492

23 August 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia