Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

PROGRAM INSPIRATIONAL ACADEMICIAN PROGRAMMGE (IAP) MEMPERKASAKAN BIDANG PENGAJARAN DI UUM

UTLC ONLINE: Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan program khas iaitu Inspirational Academician Programme (IAP) pada 3-4 Oktober dan 6-7 Oktober yang diadakan di EDC & Hotel Resort, UUM.

Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan memberikan pendedahan awal kepada pelapis pemimpin pengajaran dan pembelajaran bagi memperkasakan bidang pengajaran di kalangan warga tenaga akademik UUM. Sebanyak 9 bengkel selari tahap 1 yang berasaskan 9 modul AKEPT telah dijalankan iaitu:

1. Learning & Teaching In Higher Education
2. Learners Diversity
3. e-Learning
4. Interactive Lecture,
5. Curriculum Design, Management & Development
6. Modular Approach
7. Industrial Training/Practicum
8. Learning Engagement & Motivation
9. Scholarship Of Teaching And Learning

Peserta Tahap 1 yang merupakan tenaga akademik berpengalaman telah dipilih oleh pusat pengajian masing-masing untuk membantu menjadi pemangkin kepada tranformasi pembelajaran dan pengajaran di universiti ini bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (2015-2025).

Peserta modul Tahap 1 ini telah memberi maklumbalas positif dan telah menunjukkan komitmen yang diharapkan dapat membantu pusat Pengajian masing-masing khususnya dan universiti amnya.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia