Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

RTD Pentaksiran Alternatif IPT Bincang Kerangka Pentaksiran Kurikulum OBE

UUM ONLINE: Negeri Sembilan - Bagi mengenal pasti kerangka pentaksiran alternatif di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) UUM telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat (RTD) (Pentaksiran Alternatif) di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, baru-baru ini.

Program tersebut telah disertai seramai 36 orang wakil universiti awam seluruh negara. Pengarah UTLC, Prof Madya Dr Fauziah berkata, RTD tersebut adalah untuk mengenal pasti kerangka pentaksiran alternatif yang boleh diadaptasi di UA di Malaysia. Katanya, perbincangan itu menjadi platform bagi Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, ahli Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) dan Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) untuk membincangkan kerangka pentaksiran yang lebih mencerminkan kurikulum Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).

"Selain itu, RTD ini memberi peluang kepada peserta untuk mengupas isu-isu yang berkait rapat dengan penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran dalam konteks IPTA di Malaysia yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)," ujarnya.

Program tersebut dimulakan dengan sesi forum yang dikendalikan oleh Prof Dr Mohd Majid Konting, Pengerusi MAGNETIC sebagai moderator manakala dua ahli panel iaitu Prof Dato' Dr Mohamed Amin Embi, Pengarah Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Prof Emeritus Dr Othman Lebar, Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masing-masing membincangkan tajuk 'Transforming/Changing Mindset of Educators about Alternative Assessment' dan 'Fairness in Alternative Assessment'. Program diteruskan dengan sesi perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan mengikut topik iaitu Feedback, Fairness, Reliability/Validity, Grading Process, Rubric: Social Science, Rubric: Technical dan Rubric: Science.

footer latest

Kiraan Pengunjung

Hari Ini1
Kelmarin2
Minggu Ini5
Bulan Ini32
Jumlah Keseluruhan490

27 June 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia