Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UTLC ANJUR BENGKEL UUM ONLINE LEARNING DAN BLENDED LEARNING

UTLC ONLINE: Seramai 25 orang peserta telah menghadiri Workshop on UUM Online Learning & Blended Learning yang di adakan pada hari ini, 8 Februari 2017, yang bertempat di UTLC Learning Lab, Bangunan OYAGSB. Bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) bersama UUMIT ini dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Teknologi Maklumat UUMIT, Encik Mohd Solehhuddin Ab Mutalib.

Bengkel separuh hari ini merupakan salah satu usaha pihak UTLC dalam memberi pendedahan serta memantapkan penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (learning management system) UUM iaitu UUM Online Learning dan pendedahan asas pembelajaran teradun (Blended Learning).

Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan pembudayaan penggunaan teknologi pengajaran & pembelajaran di kalangan para pensyarah UUM agar selari dengan hasrat Pengurusan Tertinggi Universiti.

Sekian, terima kasih.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia