Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

MOOCs 2017: GAYA PENYAMPAIAN P&P ABAD KE-21

UTLC ONLINE: Massive Open Online Courses atau MOOCs merupakan suatu tambahan kepada gaya penyampaian pembelajaran dan pengajaran terkini yang semakin rancak dalam kepesatan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Ia yang menawarkan kursus-kursus secara online melibatkan bilangan pelajar berskala besar dan terbuka kepada pelajar yang berminat tanpa lokasi had sempadan.

Demikian antara perkongsian yang telah disampaikan oleh Encik Mahamad Nabawi Mohamad Saad, Pegawai Teknologi Maklumat UTLC dalam Bengkel MOOCs siri pertama tahun 2017 kepada seramai 19 orang tenaga akademik yang mewakili semua Pusat Pengajian. Bengkel yang telah diadakan di UTLC Learning Lab, Bangunan OYAGSB bertujuan mendedahkan konsep dan kepentingan pembangunan MOOCs dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Pada masa yang sama, peserta juga didedahkan dengan teori dan praktikal pembangunan MOOCs di mana peserta diberikan peluang merasai sendiri pengalaman membuat rakaman MOOCs di hadapan kamera.

Bengkel ini akan diteruskan bagi memupuk minat dan kesedaran di kalangan tenaga akademik berkaitan kepentingan MOOCs dalam P&P serta bagi merealisasi hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia menjadikan Malaysia sebuah negara yang menawarkan pendidikan fleksibel. MOOCs UUM menggunakan platform OpenLearning yang boleh di akses di pautan www.openlearning.com/uummooc

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia