Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

139 PELAJAR DARI SEKOLAH KEDAH DAN PERLIS SERTAI MALAYSIAN BRAINBEE CHALLENGE 2017 (ZON UTARA) DI UUM

UTLC ONLINE – Seramai 139 pelajar sekolah menengah dari 21 buah sekolah di Kedah dan Perlis telah menyertai pertandingan neurosains Malaysian BrainBee Challenge (MBBC 2017) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Othman (TSO), Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 28 Mac 2017.

Program di bawah kendalian Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) yang diketuai oleh Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim yang juga merupakan penyelaras Pertandingan MBBC zon utara (Zon A).

Pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan awal ilmu dan bidang neurosains kepada pelajar sekolah menengah (berumur 15 hingga 17 tahun) mengenai satu cabang sains perubatan di Malaysia serta untuk mencari calon terbaik yang akan mewakili Malaysia ke International Brain Bee Challege yang bakal berlangsung di Washington, D.C pada Ogos nanti.

UUM telah menjadi penyelaras bagi pertandingan Malaysian BrainBee Challenge bagi zon Utara ini sejak tahun 2013.

Projek BrainBee ini merupakan satu libatsama Universiti-Komuniti anjuran USM di bawah geran Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM), USM dan telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui penganugerahan Projek Cemerlang 'University-Comunity Transformation Centre (UCTC)'(Kategori Pendidikan) tahun 2015.

Tamat.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin0
Minggu Ini2
Bulan Ini9
Jumlah Keseluruhan492

23 August 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia