Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

INSPIRATIONAL ACADEMICIAN PROGRAMME DEDAHKAN PESERTA KEPENTINGAN E-LEARNING

UTLC ONLINE – Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti telah menganjurkan bengkel Inspirational Academician Programme (IAP) yang diadakan di Bilik Mesyuarat SOG, UUM. Program yang diadakan selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada tenaga akademik UUM dan beberapa wakil Kolej Komuniti kawasan Utara.

Program yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Osman B Ghazali dan Dr. Mohd Hasbullah Omar ini berasaskan modul AKEPT iaitu e-Learning (Level 1) yang bertujuan untuk pendedahan awal untuk melahirkan pelapis pemimpin pengajaran dan pembelajaran.

Objektif modul ini ialah untuk mendedahkan serta melatih peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam bidang e-pembelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran praktikal dalam bidang masing-masing.

Diharap program ini dapat memperkasakan pemimpin akademik dalam bidang pengajaran di kalangan peserta dalam bidang masing-masing.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini0
Kelmarin5
Minggu Ini5
Bulan Ini53
Jumlah Keseluruhan547

25 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia