Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM BENGKEL MASSIVE OPEN ONLINE COURSES

UTLC ONLINE: Penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi amat penting untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh berlaku dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja. Aplikasi Web 2.0 yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian konsep aplikasi yang diterapkan dalam teknologi Web 2.0 membolehkan tujuan sesuatu pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Mengambil inisiatif itu, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) sekali lagi telah menganjurkan Bengkel Massive Open Online Courses (MOOCs) Siri 3 yang dijalankan di UTLC Learning Lab, bangunan OYAGSB. Bengkel yang dihadiri seramai 12 orang peserta ini telah dikendalikan oleh En. Nabawi Saad, Pegawai Teknologi Maklumat UTLC.

Dalam bengkel ini, beliau telah menerangkan cara menghasilkan video menggunakan Aplikasi Powtoon, iaitu salah satu aplikasi teknologi web 2.0 terkini. Penghasilan video menggunakan Powtoon dalam MOOCs diharap dapat menarik minat lebih ramai pelajar bagi menyertai kursus yang ditawarkan melalui MOOCs.

Diharap dengan pendedahan tenaga akademik dalam penggunaan teknologi adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses pendidikan supaya sentiasa peka dengan arus teknologi dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa disedari.

Warga UUM yang berminat menyertai UUM MOOCs, anda boleh layari https://www.openlearning.com/uummooc . Pelbagai subjek menarik ditawarkan didalam UUM MOOCs.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini0
Kelmarin5
Minggu Ini5
Bulan Ini53
Jumlah Keseluruhan547

25 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia