Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

PENDIDIKAN FLEKSIBEL MELALUI INOVASI

UTLC ONLINE: Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah menganjurkan bengkel mengenai Gamifikasi dalam pengajaran pada 23 Mei 2017 bertempat di UTLC Learning Lab, bangunan OYAGSB. Penganjuran bengkel tersebut adalah selaras dengan dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Dato 'Seri Idris Jusoh yang menggesa pengaplikasian pendidikan yang lebih fleksibel di semua universiti awam. Bengkel yang dikendalikan oleh En. Mathivannan Jaganathan, pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan ini bertujuan memperkenalkan pendekatan gamifikasi yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif serta “engaging”. Ia juga dapat meningkatkan motivasi belajar dan penglibatan pelajar. Bengkel yang dikendalikan dalam bentuk kuliah itu turut menerangkan mengenai konsep gamifikasi dan beberapa aplikasi Web 2.0 yang berkonsepkan gamifikasi secara hands-on. UTLC berharap semua aktiviti yang berkaitan dengan Gamifikasi akan memupuk pembelajaran yang lebih menarik, motivasi, menyeronokkan dan paradigma pembelajaran berpusatkan pelajar. Tamat.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin2
Minggu Ini39
Bulan Ini54
Jumlah Keseluruhan550

19 November 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia