Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN PILIH UTLC SEBAGAI DESTINASI ‘ROAD TOUR MOOCs’ PERTAMA

UTLC ONLINE: 1 Ogos 2017, Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) pada pagi ini. Lawatan yang diketuai oleh En. Nordin bin Sariju, Pengarah KKDB bertujuan menimba ilmu dan pengalaman UUM dalam pembangunan Massive Open Online Courses (MOOCs) di UUM. Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah UTLC, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dan dibantu oleh Encik Mahamad Nabawi Saad, Pegawai Teknologi Maklumat. Peserta di dedahkan berkenaan proses serta jaminan kualiti MOOCs di UUM. Setelah itu, peserta dibawa melawat Studio Green Screen Creative Learning Lab bagi melihat dan mencuba sendiri peralatan dan software yang digunakan di studio tersebut. Sebelum berakhirnya lawatan, pelawat diberikan peluang mencuba sendiri berlakon dihadapan kamera menggunakan i-Studio. Diharap lawatan ini dapat memberi inspirasi dan pendedahan bermakna bagi kedua-dua belah pihak. Pihak UTLC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) kerana memilih UTLC, UUM sebagai destinasi pertama dalam lawatan Road tour MOOCs ini.

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin4
Minggu Ini17
Bulan Ini42
Jumlah Keseluruhan536

21 September 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia