Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

MAJLIS SERAHAN TUGAS TIGA PENJAWAT UTLC

Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) telah mengadakan Majlis Serahan Tugas pada 29 Januari 2018 yang lalu.  Majlis ini melibatkan penyerahan tugas daripada Mantan Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr Fauziah Abdul Rahim kepada Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar yang dilantik sebagai Pengarah UTLC yang baru mulai 1 Januari 2018.

 

Majlis ini juga melibatkan penyerahan tugas Timbalan Pengarah (Teknikal) iaitu daripada Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar kepada Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee serta penyerahan tugas Penolong Pengarah daripada Encik Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Puan Fadhlina Md Pudzi.

 

Pihak UTLC merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, ilmu, budi dan bakti yang telah dicurahkan oleh Mantan Pengarah UTLC, Prof. Madya Dr Fauziah Abdul Rahim serta Mantan Penolong Pengarah, Encik Muhammad Ridhuan Abdullah semasa bertugas di UTLC.

 

Di samping itu, UTLC juga mengalu-alukan Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar, Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee dan Puan Fadhlina Md Pudzi untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja UTLC.

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin2
Minggu Ini9
Bulan Ini9
Jumlah Keseluruhan545

20 October 2018

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia