Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

UTLC TERIMA KUNJUNGAN DARI PENSYARAH UNIVERSITY OF CHITTAGONG, BANGLADESH

UTLC ONLINE: Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadi pilihan delegasi dari University of Chittagong, Bangladesh bagi melengkapkan program Study Tour mereka di Malaysia.

 

Delegasi yang terdiri daripada 30 orang pensyarah University of Chittagong ini diketuai oleh Prof. Dr. Jahangir  Alam telah disambut mesra oleh Pengarah dan seluruh warga kerja UTLC.

 

Bagi memenuhi objektif Study Tour ini, pihak UTLC telah mengajurkan bengkel selama 2 hari bermula 18 April hingga 19 April 2018  di Future Learning Lab, UTLC. Bengkel berkaitan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah disampaikan sendiri oleh Pengarah UTLC, Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dan dua Timbalan Pengarah UTLC, Dr. Hasniza Nordin dan Dr. Izwan Nizal Mohd. Shahranee. Selain bengkel, mereka juga telah dibawa melawat ke Creative Learning Lab dan e-Learning Studio di UTLC serta beberapa lokasi menarik sekitar kampus UUM.

 

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada para delegasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengukuhkan hubungan dua hala antara UUM dan University of Chittagong, Bangladesh.

Kiraan Pengunjung

Hari Ini7
Kelmarin6
Minggu Ini19
Bulan Ini21
Jumlah Keseluruhan553

19 September 2018

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia