Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

IFTAR JAMA’IE ERATKAN SILATULRAHIM WARGA UTLC

UTLC ONLINE:  Berpanoramakan gunung batu kapur yang mempunyai sejarah dan mitosnya yang tersendiri serta tersergam indah dengan hamparan sawah padi yang saujana mata memandang, Keriang Hill Resort, Alor Setar telah menjadi pilihan warga Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) bagi mengadakan Majlis Iftar Jama’ie pada  1 Jun 2018 yang lalu.

 

Majlis yang dihadiri oleh 55 orang warga UTLC yang terdiri daripada staf dan ahli keluarga masing-masing bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama warga UTLC, di samping sebagai penghargaan untuk staf yang telah menunjukkan komitmen dan sumbangan cemerlang dalam tugasan masing-masing.

 

Pengarah UTLC, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar dalam ucapannya telah menegaskan dalam tanggungjawab menjalankan tugas, peranan dan perhatian terhadap keluarga juga perlu diberi keutamaan. Ini kerana keluarga merupakan asas dalam proses pembentukan karekteristik dan jati diri seseorang bagi menjadikan seseorang itu cemerlang dalam tugasnya. Beliau juga berpesan kepada warga UTLC supaya sentiasa menjadi yang terbaik, samada sebagai pekerja, ibu bapa, mahupun sebagai anak.

 

Dalam majlis ini, Pengarah UTLC turut menyampaikan sumbangan duit raya untuk anak-anak staf UTLC.

 

Habis. 

Kiraan Pengunjung

Hari Ini2
Kelmarin13
Minggu Ini37
Bulan Ini56
Jumlah Keseluruhan594

16 November 2018

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia