Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

E-Learning Champion

E-Learning Champion:

FUNGSI, TUGAS DAN PETUNJUK PRESTASI

Pusat Pengajaran Pembelajran Universiti
Universiti Utara Malaysia

Definisi e-Pembelajaran

E-Pembelajaran ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran–sebagaimana yang telah digunapakai dalam dasar e-pembelajaran negara (DePAN).

Struktur tanggungjawab berkaitan e-Pembelajaran

Di peringkat Universiti perlu terdapat Jawatankuasa yang membuat dasar dan memantau perlaksanaan e-Pembelajaran. Salah satu peranan Jawatankuasa ini adalah untuk menggalak dan memantau pembudayaan e-pembelajaran dan membangunkan kandungan kursus, selain menyediakan dana bagi menyokong pelaksanaan e-pembelajaran.

Fungsi khusus jawatankuasa ini sebaiknya adalah untuk memastikan pensyarah mempunyai ilmu pedagogi, kemahiran teknologi dan integriti akademik dalam menguruskan e-pembelajaran. Selain itu Jawatankuasa ini perlu juga menyediakan sokongan, motivasi dan ganjaran yang bersesuaian kepada kakitangan yang aktif dalam penggunaan e-pembelajaran atau pembangunan bahan P&P digital.

Untuk melaksanakan agenda tersebut, universiti perlu mempunyai beberapa penyelaras e-pembelajaran atau e-learning champion (ELC) di peringkat fakulti, jabatan atau pusat-pusat pengajian. ELC perlu dilantik untuk bertindak sebagai ejen perubahan dalam membudayakan e-pembelajaran dan membangunkan kandungan kursus.

Struktur tanggungjawab e-pembelajaran sebuah universiti, dalam kaitan dengan DePAN boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.

elearning1

Rajah 1: Struktur tanggungjawab e-pembelajaran dalam kaitan dengan DePAN

Definisi dan Ciri seorang ELC

ELC ditakrif sebagai pakar rujuk tentang sebarang isu e-pembelajaran di peringkat pelaksana. Seorang ELC hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

    1. Berkemahiran dalam e-pembelajaran
    2. Sanggup berkongsi kemahiran
    3. Mampu menyediakan penyelesaian dan nasihat sesuai dengan keperluan pusat pengajian/Jabatan/fakulti
    4. Mampu memodel tindakan e-pembelajaran dan penggunaan teknologi bagi menyediakan penyelesaian pengajaran & pembelajaran (P&P).

Tugas khusus seorang ELC

Seorang ELC adalah juga seorang mentor, pemotivasi, dan pengupaya kepada pensyarah lain dalam e-pembelajaran khususnya, dan P&P secara umum. Secara khusus tugas ELC boleh disenaraikan seperti berikut:

    1. Menyediakan garis panduan e-pembelajaran yang bersesuaian untuk program pengajian masing-masing;
    2. Membina hubungan dan rangkaian dengan pensyarah lain (di universiti lain) bagi menggalakkan pemindahan ilmu dan penerokaan teknologi baru berkaitan e-pembelajaran;
    3. Memabntu dekan atau ketua Jabatan di peringkat pusat pengajian/Jabatan/fakulti untuk membuat keputusan strategik bagi memastikan pelaksanaan e-pembelajaran dalam P&P berlaku;
    4. Mengadakan mekanisma untuk berkongsi maklumat berkenaan sumber/ilmu/kemahiran/alatan e-pembelajaran (termasuklah social network, blogs, show-case, mentor-mentee...);
    5. Berfungsi sebagai pegawai penghubung dengan pusat pengjaran-pembelajaran di universiti.

Amalan terbaik seorang ELC

    1. Bina pemahaman mendalam berkaitan e-pembelajaran dalam konteks kaedah P&P terkini.
    2. Selalu mencari dan mengusulkan penyelesaian P&P dengan e-pembelajaran yang sesuai dengan konteks bidang ilmu dan kemahiran semasa di pusat pengajian masing-masing.
    3. Memantau kesediaan pensyarah bagi melibatkan e-pembelajaran dalam amalan P&P
    4. Memindahkan ilmu dan kemahiran e-pembelajaran kepada kumpulan-kumpulan kecil
    5. Berfikir dan bertindak secara strategik bagi memastikan e-pembelajaran diaplikasikan dengan berkesan di peringkat pusat pengajian.

Petunjuk kejayaan (KPI)

    1. Terdapat perubahan sikap staf terhadap e-pembelajaran
    2. Ada bukti peningkatan penggunaan e-pembelajaran bagi pusat pengajian
    3. Ada penglibatan e-pembelajaran dalam pelan strategik untuk tingkat kualiti P&P di peringkat pusat pengajian.
    4. Ada mekanisma/laman web/blog/alatan/perisian khusus untuk berkongsi maklumat berkenaan kemahiran e-pembelajaran
    5. Kolokium e-pembelajaran dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

elearning2

Rajah 2: Ringkasan ciri, tugas, amalan terbaik dan KPI seorang ELC.

 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini0
Kelmarin9
Minggu Ini19
Bulan Ini24
Jumlah Keseluruhan507

20 August 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia