Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Geran SoTL

 

 sotl 2017

 

 

APAKAH ITU SOTL? 

Geran penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) adalah geran yang membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti, inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti dalam padagogi.

Istilah dan prinsip Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) menjangkau lebih daripada penggunaan pendekatan mengajar yang berkesan dan inovatif di dalam bilik kuliah. SoTL melibatkan :

  • Inkuiri saintifik ke atas pengajaran, keterlibatan pelajar, maklum balas kepada pelajar dan proses refleksi pensyarah ke atas pengajaran dan pembelajaran,
  • Perkongsian dapatan kajian dalam bentuk pembentangan dan penulisan akademik.

Geran Penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) telah diwujudkan di universiti penyelidikan tempatan dan antarabangsa untuk membudayakan “research-based teaching” dalam kalangan pensyarah, merentasi semua bidang ilmu.

 

JUSTIFIKASI SOTL

Geran ini akan membantu UUM mencapai KPI baru Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran dan Pengajaran. Hasil penyelidikan SoTL dapat memberi impak positif kepada UUM, selaras dengan misi universiti sebagai pusat kecemerlangan pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan, iaitu:

  • Membudayakan penambahbaikan berterusan pengajaran dan pembelajaran oleh staf akademik,
  • Meningkatkan jumlah penyelidikan universiti,
  • Menambah peluang untuk staf akademik menerbitkan artikel berimpak tinggi melalui pelbagai jurnal antarabangsa yang menerima artikel berasaskan SoTL. 

BAHAN BACAAN SOTL:

SYARAT DAN PERATURAN UMUM BAGI PEMOHON:

1. Permohonan geran penyelidikan SoTL terbuka kepada staf akademik UUM yang berstatus tetap.
2. Penyelidik dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada sesuatu masa sehingga penyelidikan itu tamat.
3. Penyelidik yang sedang menjadi ahli projek penyelidikan SoTL yang belum tamat boleh memohon, namun keutamaan akan diberikan kepada yang belum mendapat geran SoTL.
4. Keanggotaan kumpulan penyelidik antara 2 hingga 4 orang
5. Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik.
6. Pensyarah kontrak atau pensyarah pelawat tidak boleh mengetuai tetapi boleh menjadi ahli penyelidik
7. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak boleh memohon geran SoTL bagi tahun semasa.
8. Staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran di UTLC tidak boleh memohon geran SoTL bagi tahun semasa.
9. Maklumat dan borang permohonan SoTL boleh dimuat turun di http://utlc.uum.edu.my/index.php/penyelidikan-scholarship-of-teaching-learning-sotl
10. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mei 2017 (Khamis).
11. Permohonan perlu dihantar kepada :


Pengarah
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
(U.P: Urus Setia Geran Penyelidikan SoTL )


sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada 25 Mei 2017 (Khamis)

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi urus setia di talian 04-928 4690 (Pn. Norhidayah Mohd Kaharuddin) atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Untuk muatturun Borang Geran SoTL dan Panduan Pemohon, sila klik di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.0               JUSTIFIKASI

 

1.1               Geran ini akan membantu UUM mencapai KPI baru Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran dan Pengajaran.

 

1.2               Hasil penyelidikan SoTL dapat memberi impak positif kepada UUM, selaras dengan misi universiti sebagai pusat kecemerlangan pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan, iaitu:

 

1.2.1           Membudayakan penambahbaikan berterusan pengajaran dan pembelajaran oleh staf akademik,

1.2.2           Meningkatkan jumlah penyelidikan universiti,

1.2.3           Menambah peluang untuk staf akademik menerbitkan artikel berimpak tinggi melalui pelbagai jurnal antarabangsa yang menerima artikel berasaskan SoTL. 

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini4
Kelmarin4
Minggu Ini14
Bulan Ini46
Jumlah Keseluruhan651

13 December 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia