Reset:   W3c  |   Ikuti Kami : Carian..

Mengenai Kami

utlc-team-

Mulai 23 Februari 2001, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti yang dikenali sebagai UTLC (University Teaching and Learning Centre) telah mengambil alih fungsi jabatan yang dulunya dikenali sebagai Pusat Inovasi Pendidikan (PiP). Pusat Inovasi Pendidikan telah ditubuhkan pada 1 April 1997 bagi menggantikan Unit Teknologi Pengajaran (UTP) yang telah beroperasi di UUM pada 1 Oktober 1986 hasil daripada idea Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang pertama iaitu Yg. Berbhg. Tan Sri Dato Prof. Dr. Awang Had Salleh dan beberapa pegawai UUM pada masa itu.

Pusat Inovasi Pendidikan ditubuhkan bagi memenuhi keperluan inovasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta menerajui penubuhan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang kemudiannya diasingkan dan diletakkan di bawah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) pada 1 April 1999.

Fokus asal PIP telah berubah apabila PJJ diletakkan di bawah PACE. Lanjutan daripada itu, cadangan nama Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) dikemukakan dan diluluskan pada 23 Februari 2001 oleh universiti dan diletakkan di bawah tanggungjawab Hal Ehwal Akademik.

UTLC yang pada masa awal penubuhannya mempunyai tiga (3) unit iaitu Unit Latihan dan Penilaian , Unit Multimedia Pendidikan dan Unit Pengurusan telah dilakukan penyusunan semula di mana mulai 1 Ogos 2001, Unit Multimedia Pendidikan telah digabungkan dengan Penerbit Universiti dan bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor.

UTLC yang memberi penekanan kepada aspek latihan/kursus kepada kakitangan akademik, penilaian kursus, "E-Learning" dan "Quality Assurance" bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik).

Kronologi sehingga tertubuhnya UTLC adalah seperti berikut:

 1 Oktober 1986

 Unit Teknologi Pendidikan(UTP) 

 1 April 1997

 Pusat Inovasi Pendidikan (PIP) 

 23 Febuari 2001

 Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC)

 1 Ogos 2001

 Penyusunan semula UTLC

  • my gov
  • kedah
  • msc
  • mampu
  • myideas
  • job malaysia
  • sl1m
  • my lines
  • tourism
  • kreste
  • 1

footer

Kiraan Pengunjung

Hari Ini3
Kelmarin1
Minggu Ini23
Bulan Ini70
Jumlah Keseluruhan566

22 October 2017

Hubungi Kami

  utlc[at]uum[dot]edu[dot]my
  04-928 4697 / 04-928 4698
  04-928 4702
  Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC),
Universiti Utara Malaysia.
06010 UUM Sintok,
Kedah, malaysia