Maklumat_pertandingan

1.    TUJUAN

Pertandingan ini bertujuan bagi menggalakkan kreativiti dan inovasi pensyarah dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran di samping  memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar di dalam UUM dalam bidang masing-masing.  

2.    PENYERTAAN

1)    UUM

2)    Terbuka 

3.    KATEGORI PERTANDINGAN

1)    Pengajaran & Pemudahcaraan (P&P)

2)    Massive Open Online Courses (MOOCs) UUM sahaja

4.    YURAN

1)    Pengajaran & Pemudahcaraan (P&P)

i) Sekolah:

Sekolah Rendah/Menengah : RM30

ii) IPT:

UUM : RM225

Terbuka : RM450

2)    Massive Open Online Courses (MOOCs) UUM sahaja

Pelajar : RM200

Staf UUM : RM500

5.    SYARAT-SYARAT

a)   Produk atau hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah meliputi inovasi dalam pedagogi, penggunaan, teknologi atau Web 2.0

b)   Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran setiap satu penyertaan adalah seperti yang telah ditetapkan.

c)   Kategori MOOCs meliputi bidang tujahan atau Life Long Learning yang memfokuskan kepada pembelajaran aktif & interaktif.

d)   Setiap penyertaan yang telah memenangi di mana-mana pertandingan lain sebelum ini tidak dibenarkan menyertai PIP . 

e) Bagi kategori sekolah, sila nyatakan nama sekolah dan nama guru pengiring dalam borang yang disediakan.

f)  Makanan bagi peserta tidak disediakan.

 

6.    FORMAT PERTANDINGAN

a)   Penyertaan terbuka kepada ahli akademik UUM dan institusi luar (sekolah, politeknik, maktab perguruan, UA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan) sama ada secara individu atau berkumpulan (2 - 4 orang sahaja).

b)   Kombinasi pensyarah, staf dan pelajar adalah dibenarkan.

c)   Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kriteria penilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kos berkaitan adalah tanggungan peserta sendiri.

d)   Para peserta juga digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing.

e)   Peserta perlu mempamerkan poster masing-masing pada papan pameran sebelum sesi penjurian bermula.

f)     Setiap penyertaan akan diberikan ruang papan pameran saiz 3’ x 4’ (L x T), 1 unit meja peperiksaan dan 1 unit kerusi.

g)   Bagi kategori MOOCs, peserta perlu menunjukkan paparan secara atas talian kursus MOOC yang dibangunkan. 

h)    Peserta hendaklah membawa laptop sendiri (jika perlu). 

Langgan Berita

Ikuti perkembangan semasa, pengumuman terkini & promosi berkenaan Pertandingan Inovasi Pengajaran (PIP)