Maklumat_pertandingan

 

1.    TUJUAN

Pertandingan ini bertujuan bagi menggalakkan kreativiti dan inovasi pensyarah/guru dan pelajar dalam membangunkan bahan pengajran dan pengajaran di samping memperbanyakkan lagi bahan bantu mengajar yang berinovasi dalam bidang penddikan. 

2.    PENYERTAAN

1)   Terbuka 

2)   Sekolah Rendah / Menengah

3)   UUM

3.    KATEGORI PERTANDINGAN

1)   Pembelajaran & Pemudah cara

2)   Bahan Bantu Mengajar / E-Pembelajaran

3)   Inovasi, Rekacipta & Reka Bentuk

4)   Massive Open Online Courses (MOOCs)

4.    YURAN

1)    Terbuka / IPT: RM 250

2)   Sekolah Rendah: RM 30

3)   Sekolah Menengah / Matrik: RM 50

4)   Guru: RM 50

4)   UUM : RM 150

5.    SYARAT-SYARAT

1)     Pertandingan PIP ini dibuka kepada semua pensyarah/guru/staf/pelajar IPTA/IPTS, kolej matrikulasi dan pelajar sekolah.

2)     Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (2 hingga 10 orang).

3)     Kombinasi pensyarah, staf dan pelajar adalah tidak digalakkan.

4)     Produk atau hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah meliputi inovasi dalam pedagogi, penggunaan, teknologi atau Web 2.0

5)     Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, yuran penyertaan akan dikenakan bagi setiap penyertaan.

6)     Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap. Sila isi borang pendaftaran secara online dan emailkan resit/bukti pembayaran ke mnoridayu@uum.edu.my .

7)     Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran setiap satu penyertaan adalah seperti yang telah ditetapkan.

8)     Kategori MOOCs meliputi bidang tujahan atau Life Long Learning yang memfokuskan kepada pembelajaran aktif & interaktif.

9)     Setiap penyertaan yang telah memenangi di mana-mana pertandingan lain sebelum ini tidak dibenarkan menyertai PIP kecuali jika ada penambah baikkan pada inovasi tersebut. 

10)  Makanan bagi peserta tidak disediakan.

6.    PEMBENTANGAN DAN PAMERAN

1)     Peserta perlu menyediakan satu poster bagi produk atau rekacipta masing-masing untuk dibentangkan kepada panel juri semasa hari pertandingan.

 

2)     Nombor giliran pembentangan dan nombor booth akan dimaklumkan ketika sesi pendaftaran sebelum pertandingan berlangsung.

 

3)     Kandungan bahan untuk penyediaan poster mestilah bersesuaian dan boleh dimuatkan dalam satu poster yang berukuran A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci)

 

4)     Antara perkara yang perlu dimuatkan dalam poster ialah abstract, objectives, value added, usefulness, commercialization potential dan awards tentang hasil penyelidikan/produk masing-masing sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kos berkaitan adalah tanggungan peserta sendiri.

 

5)     Para peserta juga digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brochures, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan hasil inovasi masing-masing.

6)     Setiap penyertaan akan diberikan ruang papan pameran saiz 3’ x 4’ (L x T), 1 unit meja peperiksaan, 1 unit kerusi & sumber elektrik). Peserta mesti membawa laptop sendiri (sekiranya perlu).

7)     Kemudahan internet disediakan oleh penganjur.

 

8)     Bagi kategori MOOCs, peserta perlu menghantar URL kursus MOOCs sebulan sebelum tarikh PIP dianjurkan. Platform yang digunakan hanya platform openlearning.com

7.    PENJURIAN

1)     Penilaian produk atau hasil inovasi akan dibuat oleh juri-juri berpengalaman yang dipilih oleh penganjur.

 

2)     Peserta hendaklah mempamer dan membuat demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan panel juri sewaktu sesi penjurian dijalankan.

 

3)     Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dan soal-jawab adalah 15 minit sahaja.

 

4)     Kriteria pemarkahan adalah mengambil kira aspek keaslian inovasi, kelestarian Inovasi, impak inovasi dan komunikasi dan persembahan

5)     Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.