All News

Geran SoTL

APAKAH ITU SOTL? 

Geran penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) adalah geran yang membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti, inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti dalam padagogi.

Istilah dan prinsip Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) menjangkau lebih daripada penggunaan pendekatan mengajar yang berkesan dan inovatif di dalam bilik kuliah. SoTL melibatkan :

  • Inkuiri saintifik ke atas pengajaran, keterlibatan pelajar, maklum balas kepada pelajar dan proses refleksi pensyarah ke atas pengajaran dan pembelajaran,
  • Perkongsian dapatan kajian dalam bentuk pembentangan dan penulisan akademik.

Geran Penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) telah diwujudkan di universiti penyelidikan tempatan dan antarabangsa untuk membudayakan research-based teaching dalam kalangan pensyarah, merentasi semua bidang ilmu.

Klik DISINI untuk maklumat lanjut.