PROFILE
1. Merancang, melaksana dan menilai bengkel, syarahan, kursus, roadshow dan seminar yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran kepada staf akademik selari dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).
2. Melaksanakan penilaian kursus (e-CEvaS) yang ditawarkan dalam program akademik universiti dan melaporkan status pencapaian penilaian kursus.
3. Melaporkan pencapaian Pelan Strategik UUM iaitu Pencapaian Blended Learning, Open CourseWare (OCW) dan Massive Open Online Courses (MOOCs).
4. Menguruskan geran penyelidikan Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) di kalangan staf akademik UUM.
5. Menguruskan portfolio pengajaran dan pengiktirafan untuk staf akademik dalam pengajaran dan pembelajaran, seperti Anugerah Pendidik Cemerlang (DTA), Anugerah Pembangunan MOOCs, Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Bakat Akademik, dan Anugerah Pembelajaran Kaedah Kreatif di peringkat UUM.
6. Membudayakan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang dilaksanakan di Universiti.
Tarikh kemaskini: 1 Januari 2019
Menjadi pusat kecemerlangan dalam latihan pembelajaran dan pengajaran pendidikan tinggi.
To become a centre of excellence for training of learning and teaching in higher education.
Melahirkan tenaga akademik yang profesional, berketerampilan serta cekap dalam penggunaan kaedah pengajaran dan teknologi pengajaran yang berkesan
To develop academics who are professional, skillful and competent in the use of effective teaching approaches and instructional technology.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Assalamualaikum dan Selamat Datang ke laman web rasmi Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC).
Dengan motto kami "Transforming Teaching Advancing Learning", peranan asas pusat ini adalah untuk membantu mengembangkan keupayaan untuk belajar dan memperbaiki pembelajaran dan pengajaran di kalangan ahli akademik kami bagi menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran arus perubahan dan inovasi dalam pengajaran serta cara pembelajaran di abad ke-21.
Melalui aktiviti yang ditawarkan seperti latihan, penyelidikan dalam pengajaran serta perkongsian amalan terbaik dari segi inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, adalah diharapkan bahawa pusat ini boleh bertindak sebagai pemangkin untuk mengubah ekosistem pembelajaran dan pengajaran di universiti sejajar dengan hasrat untuk menyokong nilai teras universiti bagi pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga akademik.
"Semua manusia adalah mati, kecuali orang-orang yang mengetahui. Dan semua orang-orang yang mempunyai pengetahuan sedang tidur, kecuali orang-orang yang beramal baik. Dan orang-orang yang beramal baik tertipu, kecuali mereka yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas sentiasa berada dalam keadaan bimbang. "
- Imam al-Shaafi'i
Ketahui dengan lebih lanjut tentang kami melalui laman web ini dan hubungilah kami untuk maklumat lanjut.
Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Bin Mohd Shaharanee
Piagam Pelanggan/Client Charter
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui penyediaan program latihan dan sokongan yang menggalakkan kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran selaras dengan wawasan universiti (UUM) untuk menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka.
University Teaching and Learning Centre (UTLC) is committed to provide efficient and effective services through the provision of training programme and support that promote excellence in learning
and teaching, in line with the vision of the university (UUM) to become an eminent management university.
- Statistik Pencapaian Bengkel 2018
- Statistik Pencapaian Bengkel 2017 (1 Januari 2018)
- Statistik Pencapaian Bengkel 2016 (1 Ogos 2017)
- Statistik Pencapaian Bengkel 2015 (1 November 2015)
- Statistik Pencapaian Bengkel 2014 (1 Disember 2014)