All News

UTLC TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

 

UTLC ONLINE: Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC) baru-baru ini telah menerima lawatan penanda aras daripada Pusat Pengajaran Universiti dan Pendidikan Sepanjang Hayat (PUSH) serta Pusat Jaminan Kualiti (PJK), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Delegasi UniSHAMS seramai 11 orang telah diketuai oleh Dr. Mohd Shahid Azim Bin Mohd Saufi, Pengarah PUSH.

Pengarah UTLC, Prof. Madya Ts. Dr Izwan Nizal Mohd Shaharanee telah menyampaikan taklimat berhubung fungsi dan peranan UTLC sebagai pusat kecemerlangan dalam latihan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan tinggi.  Beliau juga turut berkongsi mengenai aktiviti Latihan PdP UTLC tahun 2023 dan pembangunan kursus Massive Open Online Courses (MOOC) dan Micro-credential.

Delegasi UniSHAMS juga turut dibawa melawat fasiliti yang terdapat di UTLC seperti Studio Lightboard, Bilik Latihan Future Learning Lab (FLL), C.R.E.A.T.E. Space, Green Screen Studio, dan Bilik Rakaman Audio.