All News

UTLC BANTU BANGUNKAN PLATFORM UNTUK PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH

UTLC ONLINE: Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 telah berlangsung pada 9 Julai 2023 (saringan awal atas talian) dan peringkat akhir pada 13 Julai 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dengan kerjasama Unit Sejarah dan Kenegaraan Malaysia, Jawatankuasa JIM Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) serta Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), UUM.  

Saringan awal pertandingan melibatkan 431 orang pelajar sekolah menengah dalam negeri Kedah dan telah berlangsung secara atas talian menggunakan platform Sintok@UUM Massive Open Online Course (MOOC). Platform yang dibangunkan oleh UTLC ini telah disesuaikan untuk kegunaan proses saringan pertandingan yang melibatkan pengguna yang ramai dalam satu masa. Keputusan saringan juga diperoleh dalam tempoh yang singkat. Penggunaan platform Sintok@UUM diberikan secara percuma sebagai program tanggungjawab sosial UTLC kepada komuniti.

 

Berita dan gambar oleh: Noridayu Mangsor