All News

Merapatkan Ukhwan Melalui Sukan: Aktiviti Riadah Badminton Bersama

Merapatkan Ukhwan Melalui Sukan: Aktiviti Riadah Badminton Bersama

Pada 11 Januari 2024, Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), telah mengadakan aktiviti riadah iaitu badminton yang berjaya dijalankan di gelanggang Pusat Sukan, UUM. Aktiviti tersebut bertujuan untuk mendorong kecergasan fizikal dan memupuk semangat kesukanan di kalangan kakitangan jabatan.

Seramai 17 orang staf UTLC telah menyertai aktiviti ini yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Semua staf bergilir-gilir bermain dalam aktiviti badminton dengan penuh semangat dan antusiasme. Aktiviti badminton boleh diadakan secara berkala untuk kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan semua staf. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat memupuk suasana kerja yang positif dan mengurangkan tekanan di tempat kerja. Tiada kecederaan dilaporkan semasa aktiviti berlangsung dan semua staf mengakhiri aktiviti bermain dengan senyuman di wajah.

Diharapkan aktiviti seumpama ini akan terus diadakan untuk memperkukuhkan lagi ikatan kesukarelawan di kalangan semua staf di jabatan.

badminton

Disediakan oleh:
Noor Nabilah Najwa Omar
Setiausaha Kelab Kebajikan UTLC