Pada 31 Januari 2024, Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), telah menganjurkan aktiviti riadah berkayak yang menyeronokkan di Tasik Gutrie UUM. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dan mendorong gaya hidup aktif di kalangan staf jabatan UTLC. Seramai 17 orang staf UTLC telah menyertai aktiviti berkayak. Aktiviti ini yang dijalankan pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Sebelum aktiviti berkayak bermula, semua staf diberi sedikit taklimat berkaitan keselamatan dan cara pemakaian jaket keselamatan untuk aktiviti tersebut. Mereka dibimbing oleh instruktur berkayak profesional yang memberikan panduan keselamatan dan teknik berkayak kepada staf.
Semasa aktiviti kayak berlangsung, semua staf UTLC dapat menikmati pengalaman berkayak mereka sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sepanjang Tasik Gutrie. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada staf jabatan untuk bersantai dan bersosialisasi di luar pejabat sambil menghargai keindahan alam sekitar. Selain itu, aktiviti seperti ini penting untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar dan mengukuhkan ikatan di kalangan staf. Diharap agar aktiviti seumpama ini dapat diadakan secara berkala untuk manfaat kesihatan fizikal dan mental staf di jabatan. Semasa aktiviti dijalankan, bahawa tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan dan semua staf UTLC pulang dengan kenangan yang indah serta pengalaman yang bermakna.